BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Menyukat Isipadu Cecair

Menyukat Isipadu Cecair

Aktiviti 1


Hasil Pembelajaran :
Murid-murid dapat membuat perbandingan kapasiti.


Bahan Bantu Mengajar:
Tiga biji gelas sama saiz.


Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  
Gunakan gelas yang sama saiz.
Isikan air berwarna merah kepada dua gelas dengan isipadu yang berbeza. satu gelas lagi dibiarkan kosong. Beri penekanan kepada penggunaan perkataan "Kosong", "separuh penuh" dan "Penuh". Gunakan kaedah yang sama dengan bahan yang berbeza, cuma pastikan saiz bahan adalah sama.

Bagi Murid-murid yang lemah dan lambat, masih gunakan gelas kaca yang sama saiz.


Masih boleh menggunakan aktiviti yang sama, cuma bagi murid yang lemah, guru boleh memperkenalkan setiap gelas berisi air dan kosong secara satu persatu dan minta murid-murid menyatakan mana gelas yang berisi dan mana yang kosong. Boleh bertanya soalan mana satu gelas yang penuh dan sebagainya. 


Latihan  

Colour the Correct answer.



Aktiviti 2 


Hasil Pembelajaran :
Murid-murid dapat membuat perbandingan kapasiti.

Bahan Bantu Mengajar:

Mangkuk, mug, gelas kaca dan kontena plastik kecil


Aktiviti untuk murid yang cerdas.

-Guru meminta murid bekerja dalam kumpulan.


-Kumpulan-kumpulan akan bergilir-gilir mengisi air dalam mangkuk dan gelas/mug. Kumpulan lain akan meneka/menyatakan , yang mana satukah yang mempunyai isi air yang lebih daripada yang satunya. Ulang aktiviti dengan menggunakan bahan bantu yang berlainan seperti botol,kontena dan sebagainya.









Latihan.


Fill in the blanks with the correct answer.